Wednesday, March 19, 2014

Perubahan

Taman Sains ini tidak cantik seperti Taman Sains lain ... tapi kami gembira kerana ia adalah hasil titik peluh kami satu jabatan; pensyarah, pembantu makmal dan juga pelajar. 
Kami mulakannya di atas tanah yang keras... tanpa 'top soil'.


 




Gotong Royong ke 2

Pada 28 Januari 2014, sekali lagi kami telah bergotong royong untuk memperbaiki Taman Sains kami yang telah diabaikan kerana cuti semester yang panjang.

Bersarapan sebelum memulakan kerja..




Hasilnya ... tambahan beberapa item di Taman Sains.





Pensyarah Sains bergotong royong ... dengan voguenya



Dr. Tan

Dr. Norizan

Ms. Tan, Pn. Nordiana, Pn. Norisah

Dr. Siti Hendon

dan tentunya hero-heroin Jabatan Sains








Terima kasih kepada pelajar-pelajar Sains ambilan Jan 2012 dan 2014.






Selepas beberapa minggu ...

Selepas beberapa minggu, tumbuhan di Taman Sains menunjukkan kecantikan mereka.




Bagaimanapun, kami menghadapi masalah ... air

Tidak ada sumber air yang hampir untuk menyiram pokok. Hujan pun jarang turun.
Tambahan pula, tiada top soil. Tanah hitam yang kami beli ... 'hilang' ...






Pembinaan Taman Sains 2

Pada 28 September IPGKP Teknik telah mengadakan Hari Hijau.
Seluruh warga IPGKP Teknik telah turun padang untuk menanam pokok.
kami bernasib baik, kerana telah mendapat derma pokok-pokok daripada Jabatan Pertanian.

Hari ini kami mengambil peluang untuk memulakan pembinaan Taman Sains sebenarnya.
Pensyarah Sains bersama pelajar telah berusaha untuk membina station masing-masing. Dalam proses ini 2 batang cangkul patah ... kerana tanah yang digali terlalu keras.



masalah kami ialah ketiadaan 'top soil'


Station Kaktus

Berehat selepas penat mencangkul.

Laluan masuk ke Taman Sains

Stesen Herba

Stesen Kompos

Station Kaktus


Hero-hero yang bekerja keras


Thursday, March 13, 2014

Pembinaan Taman Sains

Perancangan Taman Sains telah dibuat pada tahun 2013.

Sumbangsaran konsep taman sains telah dibuat secara atas talian pada 25 April 2013. Cadangan yang dikemukakan oleh pensyarah Jabatan Sains telah dianalisis. Rumusan telah dibentangkan dalam mesyuarat Jabatan Sains.


Sehubungan itu, draf Taman Sains telah dibincangkan. Lokasi Taman Sains telah ditetapkan di bahagian belakang Blok C (Blok Makmal dan Bengkel). Kawasan ini pada mulanya adalah kawasan lapang dengan beberapa batang pokok.


Draf pengisian Taman Sains kami telah dibincangkan. Ini adalah lakaran asal draf tersebut.

Setiap stesen dalam Taman Sains diamanahkan kepada sekumpulan pensyarah untuk menjaga dan menguruskannya.







Taman Sains

Taman Sains 

1.0 Pengenalan
Taman Sains IPGK Pendidikan Teknik dirancang untuk menyediakan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah sebagai sokongan kepada kurikulum persediaan guru sains dan mata pelajaran sains sekolah rendah.

Taman Sains merupakan suatu komponen penting dan strategik untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup. Disamping itu Taman Sains juga berupaya hub untuk menyedarkan masyarakat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati dan mengekalkan kualiti alam sekitar. Kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar  perlu dipupuk ke semua lapisan masyarakat terutama golongan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi. Justeru itu, Jabatan Sains, IPG Kampus Pendidikan Teknik di kampus baharu di Bandar ENSTEK mengorak langkah untuk membina Taman Sains bagi menyediakan bakal guru untuk mendapat pendedahan yang tepat tentang fungsi Taman Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Perkara ini juga termaktub dalam proforma kursus sains SCE3112 Pengurusan Makmal Sains Sekolah Rendah.

2.0   MISI 

Taman Sains IPGK Pendidikan Teknik menyediakan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah sebagai sokongan kepada kurikulum persediaan guru sains dan mata pelajaran sains sekolah rendah.

3.0   VISI

Menjadikan Taman Sains ini sebagai sumber pengajaran sains sekolah rendah dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

4.0   OBJEKTIF


Objektif  Kertas Cadangan ini adalah untuk:
1.     memaklumkan konsep Taman Sains IPGK Pendidikan Teknik.
2.     mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran IPGK Pendidikan Teknik untuk membina Taman Sains IPGK Pendidikan Teknik.
3.     mendapatkan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja asas pembinaan dan penyenggaraan sebuah Taman Sains.

 5.0   JAWATANKUASA TAMAN SAINS


Penaung           :      Dr. Muhammad Ab Rahman            Pengarah
            Penasihat         :      Dr. Mahmud b Yahaya                     Timbalan Pengarah

Pengerusi       :           En. Ismail b Mohammed              Ketua Jabatan Sains 
Penyelaras I   :           Dr. Norizan binti Ahmad
Penyelaras II :            Pn. Nordiana binti Mohd. Yusof
Setiausaha     :           Pn. Norisah Mohammad Nor
Bendahari      :           Pn. Jalimah Yunus

Ahli Jawatan Kuasa:
Stesen Kompos               -  Dr. Tan Juat Ngoh
Stesen Akuatik                -  En. Mohd. Kashfi b. Mohd. Jailani
Stesen Cuaca                   -  Cik Tan Mun Wai
Stesen Herba                   -  Pn. Nordiana Mohd. Yusuf dan    
                                            Dr. Siti Hendon Sheikh Abdullah
Stesen Angiosperma       -  Dr. Norizan Ahmad dan
  Pn. Gomathi Naidu
Stesen Kaktus                  -  Pn. Jalimah bt. Yunus
  Pn. Norisah Mohamed Nor
Stesen Anggur                 -  Pn. Ellyza bt Karim
Stesen Informasi             -  En. Azerai b. Azmi
                                            Dr, Norhayati Mohamed
Laluan Taman                 -  Pn. Haslinah Abdullah
                                            Dr. Rosmawati Shaharudin
Penyenggaraan               -  Hj. Ismail Aman
                                        -    Pn. Farrahuzarina
                                        -   Pn. Azreen

  
                 AJK Pelajar:                    Semua pelajar major sains